Saturday, December 21, 2013

拍卖屋子 必读条列

10 PANDUAN ASAS PEMBELIAN HARTANAH LELONG

2013年9月17日下午 6:12

1. DAPATKAN ALAMAT


Dapatkan alamat penuh yang tepat bagi unit hartanah yang diminati dan pastikan tarikh lelongan belum lagi terlepas.



2. MEMBUAT LAWATAN (SITE VISIT )


Membuat lawatan ke atas unit hartanah yang ingin dibeli. Lakukan kajian, tinjauan, dan pemerhatian yang teliti bagi unit tersebut. Cuba kenal pasti kerosakan yang ada dan anggarkan kos-kos baik pulih yang mungkin terlibat.



Jika unit tersebut mempunyai penyewa/owner, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran mereka. Tetapi jika unit tersebut kosong, anda boleh masuk jika pintu tidak berkunci.



3. MENDAPATKAN P.O.S & C.O.S DAN PENDAFTARAN LELONGAN


Dapatkan P.O.S & C.O.S bagi unit tersebut. Ambil masa untuk baca dan fahami maklumat yang terkandung dalam P.O.S & C.O.S. Untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut, sila PM ke INBOX page.

Saya akan membantu anda untuk mendaftar masuk lelongan secara percuma. Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum lelongan. Untuk tujuan pendaftaran, sila PM ke INBOX page maklumat-maklumat berikut :



     1) Nama penuh mengikut kad pengenalan

     2) No. kad pengenalan

     3) Alamat surat menyurat pembida

     5) No. telefon pembida

     6) Alamat unit yang ingin dibida



4. MENYEDIAKAN BANK DRAF


Menyediakan deposit dalam bentuk bank draf. Apabila anda sudah yakin dan tekad untuk membida unit tersebut, anda perlu menyediakan bank draf sebanyak 5% @ 10% daripada harga reserve. Bank draf tersebut perlulah ditulis atas nama Bank Pelelong. Kesemua maklumat seperti jumlah bank draf dan nama bank pelelong terkandung dalam P.O.S & C.O.S.



Kesilapan pada jumlah wang yang dibank drafkan samaada ianya terkurang atau terlebih menyebabkan bank draf tersebut ditolak semasa hari pendaftaran lelongan. Kesilapan ejaan pada nama bank pelelong pada bank draf juga akan menyebabkan bank draf tersebut ditolak.



5. MENGHADIRKAN DIRI AWAL, MEMBAWA KAD PENGENALAN, DAN BANK DRAF


Hadir ke tempat lelongan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum lelongan bermula untuk pendaftaran. Ingin dimaklumkan, jika lelongan tersebut dibuat di Mahkamah, anda perlu hadir sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit sebelum lelongan. Pada kebiasaanya, lelongan di Mahkamah akan bermula pada pukul 10.30 pagi dan anda perlu hadir untuk pendaftaran pada pukul 9.25 pagi.



Sebarang kelewatan akan menyebabkan anda tidak boleh mendaftar dan memasuki dewan lelongan. Sila pastikan anda membawa kad pengenalan asal dan bank draf. Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan unit hartanah yang ingin dibida.



6. MEMBUAT BIDAAN


Anda akan diberikan kad bidaan sejurus selepas pendaftaran. Pelelong akan memberikan sedikit penerangan mengenai terma dan syarat-syarat jualan dan arahan membida akan diumumkan selepas itu . Untuk membida, anda hanya perlu menaikkan kad bidaan. Kenaikan harga bagi setiap tawaran dan penentuan tawaran paling minimum ditentukan oleh Pelelong.



Lelongan bagi unit tersebut akan dihentikan apabila tiada lagi tawaran dan pelelong akan mengira sehingga 3 kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup serta mengumumkan nama/no. pembida yang berjaya. Jika anda merupakan satu-satunya pembida bagi unit tersebut, pelelong akan mengetuk tukul sebanyak 3 kali dan TAHNIAH anda menang pada harga reserve!



7. BERJAYA MEMBIDA/TIDAK BERJAYA


Apabila anda disahkan sebagai pemenang, anda dikehendaki menandatangani satu Borang Pengesahan Pembida. Tetapi jika anda tidak berjaya, bank draf akan dipulangkan semula.



8. MENANDATANGANI KONTRAK JUALAN
  
Tahniah kepada anda! Staf lelongan akan mengiringi anda ke kawasan menandatangani kontrak di mana anda akan mengisi dan menandatangani kontrak jualan. Bank draf yang anda berikan semasa pendaftaran akan didepositkan sebagai sebahagian wang deposit bagi pembelian unit tersebut.

Sekiranya, harga yang dibida melebihi daripada harga reserve, anda perlu menjelaskan baki deposit tersebut pada hari yang sama. Sebagai contoh, harga reserve unit tersebut ialah RM 100 000. Dan anda telah berjaya membida sehingga RM 120 000. Jumlah deposit baru yang perlu anda keluarkan ialah RM 12 000 (10/100 X RM 120 000). Oleh kerana anda telah memberikan deposit RM 10 000 semasa pendaftaran, anda cuma perlu menambah RM 2000 lagi secara tunai pada hari yang sama.



Selepas menandatangani dokumen kontrak jualan, anda perlu membayar kos duty stamp (RM100) bagi dokumen tersebut.

  
9. MENDAPATKAN PEMBIAYAAN


Selepas 2 hari bekerja, anda perlu hadir ke pejabat pelelong untuk mendapatkan dokumen Kontrak Jualan yang asal. Ingin dimaklumkan, pembelian hartanah melalui lelongan tidak melibatkan proses menandatangi dokumen SnP. Bermaksud, Kontrak Jualan tersebut adalah dokumen SnP yang sebenar.



Untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu membawa salinan 3 bulan penyata gaji,penyata pendapatan tahunan (EA Form)salinan kad pengenalansalinan 3 bulan penyata bank, dan salinan kontrak jualan bagi hartanah yang dimenangi. Bawa juga dokumen-dokumen asal (original) untuk tujuan pengesahan.


Anda hendaklah menyelesaikan baki harga jualan melaui pinjaman ataupun secara tunai dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Pelelong dalam dokumen C.O.S (samada 90 @ 120 hari). Jika anda bercadang untuk menyelesaikan baki harga jualan melaui pinjaman bank, saya mencadangkan agar anda memohon pinjaman bank dengan segera.

Jika anda tidak dapat memperolehi pembiayaan dalam tempoh masa yang telah ditentukan, anda akan dianggap sebagai tidak patuh pada kontrak jualan lelongan (C.O.S) dan unit tersebut mungkin akan dilelong kembali disamping wang deposit anda akan hangus.



10. MENDAPATKAN PEGUAM


Pada kebiasaanya, pihak bank akan mendapatkan peguam panel mereka sendiri untuk menguruskan hartanah yang anda menangi itu. Peguam cuma diperlukan untuk proses documentation dan pindah milik sahaja.



Tetapi, jika anda ingin mencari peguam sendiri, anda perlulah memastikan peguam tersebut panel kepada pihak bank. Perlu diingatkan, tidak semua peguam yang boleh menguruskan pembelian hartanah melalui lelongan kerana tempoh masa perjanjian penyelesaian baki jualan yang singkat.



Semoga membantu.

No comments:

Post a Comment